Kepada pelajar Baharu KPLI Ambilan Januari 2009
Semakan Calon yang mendapat Tawaran
Kursus KPLI Ambilan Jan 2009
Tarikh Melapor Diri : 12 Januari 2009(Isnin)
Masa : 8.30- 11.30 pagi
Tempat : Dewan Bendahara(Dewan Besar) Institut Perguruan Sultan Mizan, Besut.
Peringatan
Pendaftaran hanya dibuka pada masa 8.30 - 11.30 pagi sahaja. Pelajar yang melapor diri perlu mengikut aturcara Minggu Pengurusan yang telah ditetapkan.Sila cetak dan lengkapkan borang-borang berkaitan untuk di serahkan
semasa mendaftar di Institut Perguruan Sultan Mizan, Besut, Terengganu.
Cetak Surat Panggilan Melapor Diri
1. Arahan Kepada Pelajar Baharu
2. Kit Pendaftaran Pelajar
2.1 Borang BOR-PPK-PT07-01
2.2 Borang BOR-PPK-PT07-02
2.3 Borang BOR-PPK-PT07-03
2.4 Borang BOR-PPK-PT07-04
2.5 Borang BOR-PPK-PT07-05
2.6 Borang BOR-PPK-PT07-06
2.7 Borang BOR-PPK-PT07-07(Dibatalkan)
3. Borang Maklumat Pelajar(SMP)
5. Borang Pendaftaran Kediaman/Asrama
6. Borang Pendaftaran Pusat SumberPERINGATAN KEPADA PELAJAR BARU:
- Pelajar perempuan yang didapati mengandung tidak dibenarkan mendaftar, jika didapati mengandung semasa berkursus, pelajar berkenaan akan diberhentikan atau ditangguhkan mengikut peraturan semasa yang berkuatkuasa.
- Pelajar dikehendaki membuat pemeriksaan kesihatan di klinik-klinik kerajaan atau swasta sebagai syarat kelayakan mendaftar dan meneruskan kursus, sila gunakan borang Am 402 yang boleh didapati di mana-mana IPG yang terdekat atau datang sendiri ke IPSM Besut. Pendaftaran tanpa Akuan kesihatan oleh doktor kerajaan atau swasta di anggap sebagai pendaftaran sementara sahaja dan boleh terbatal jika tidak mengemukakan akuan kesihatan dalam tempoh sebulan dari tarikh pendaftaran.
- Masa mendaftar dari 8.00 pagi - 11.30 pagi sebagaimana dalam surat tawaran.
- Tempat mendaftar di Dewan Bendahara(Dewan Besar) IPSMB
DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA BERSAMA SEMASA MELAPORKAN DIRI
- Kad Pengenalan & 6 Salinan yang disahkan
- Sijil Lahir & 6 Salinan yang disahkan
- Sijil - Sijil SPM/STPM & 6 Salinan yang disahkan, slip peperiksaan SPM tidak diterima kecuali slip peperiksaan SPM Tahun 2008 sahaja.
- Ijazah & 6 Salinan yang disahkan(Untuk Pelajar KPLI )
- Sijil Berhenti Sekolah serta sijil lain yang berkaitan & 6 Salinan yang disahkan
- Surat Penempatan ke sekolah(untuk pelajar KPLI j-Qaf sahaja) dan 6 salinan
- Gambar Berukuran Pasport sebanyak 14 Keping
- Yuran Sebanyak RM 300.00 yang dibayar secara tunai.
- Setem Hasil (RM 10.00) Sebanyak 5 Keping
Setiap Salinan Dokumen hendaklah disahkan
PAKAIAN SEMASA MELAPOR DIRI & SEPANJANG MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BARU
LELAKI
- Baju Kemeja Lengan Panjang/Pendek Berwarna Putih dan bertali leher
- Seluar Hitam/Biru Gelap
- Kasut Kulit Hitam
- Kasut Sukan Putih
PEREMPUAN
- Baju Kurung Putih
- Kain Hitam /Biru Gelap
- Kasut Kulit Hitam
- Kasut Sukan Putih
0 Comments:
Post a Comment
<< Home