Peringatan Kepada Pelajar Baru KPLSPM(PPISMP) dan KDPM(Tajaan KEMAS) Ambilan Julai 2008
Kepada pelajar baru yang akan mendaftar pada 14 Jul 2008
di Dewan Besar IPSMB.
PERINGATAN KEPADA PELAJAR BARU:
- Pelajar perempuan yang didapati mengandung tidak dibenarkan mendaftar, jika didapati mengandung semasa berkursus, pelajar berkenaan akan diberhentikan atau ditangguhkan mengikut peraturan semasa yang berkuatkuasa.
- Pelajar dikehendaki membuat pemeriksaan kesihatan di klinik-klinik kerajaan atau swasta sebagai syarat kelayakan mendaftar dan meneruskan kursus, sila gunakan borang Am 402 yang boleh didapati di mana-mana IPG yang terdekat atau datang sendiri ke IPSM Besut. Pendaftaran tanpa Akuan kesihatan oleh doktor kerajaan atau swasta di anggap sebagai pendaftaran sementara sahaja dan boleh terbatal jika tidak mengemukakan akuan kesihatan dalam tempoh sebulan dari tarikh pendaftaran.
- Masa mendaftar dari 8.00 pagi - 11.30 pagi sebagaimana dalam surat tawaran.
- Tempat mendaftar di Dewan Bendahara(Dewan Besar) IPSMB
DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA BERSAMA SEMASA MELAPORKAN DIRI
- Kad Pengenalan & 5 Salinan yang disahkan
- Sijil Lahir & 5 Salinan yang disahkan
- Sijil - Sijil SPM/STPM & 5 Salinan yang disahkan, slip peperiksaan SPM tidak diterima kecuali slip peperiksaan SPM Tahun 2007 sahaja.
- Ijazah & 5 Salinan yang disahkan(Untuk Pelajar KPLI )
- Sijil Berhenti Sekolah serta sijil lain yang berkaitan & 5 Salinan yang disahkan
- Surat Penempatan ke sekolah(untuk pelajar KPLI j-Qaf sahaja) dan 5 salinan
- Gambar Berukuran Pasport sebanyak 14 Keping
- Yuran Sebanyak RM 300.00(RM 285.00 bayaran secara Kiriman Wang/Wang Pos dan RM 15.00 bayaran secara tunai untuk insuran kelompok Takaful)
- Setem Hasil (RM 10.00) Sebanyak 5 Keping
Setiap Salinan Dokumen hendaklah disahkan
PAKAIAN SEMASA MELAPOR DIRI & SEPANJANG MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BARU
LELAKI
- Baju Kemeja Lengan Panjang/Pendek Berwarna Putih dan bertali leher
- Seluar Hitam/Biru Gelap
- Kasut Kulit Hitam
- Kasut Sukan Putih
PEREMPUAN
- Baju Kurung Putih
- Kain Hitam /Biru Gelap
- Kasut Kulit Hitam
- Kasut Sukan Putih
0 Comments:
Post a Comment
<< Home