Berita-berita Penting Daripada IPGM KAMPUS SULTAN MIZAN

Nota-nota Penting Untuk Makluman & Rujukan Pelajar. Sumber daripada Warga Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan, 22200 Besut, Terengganu. Tel: 09-6957012 ........................................ . (Penafian: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab kepada Penggunaan maklumat di dalam laman ini yang boleh mendatangkan kerugian kepada mana-mana pihak tertentu yang menggunakanya)

Wednesday, January 25, 2006

Maklumat Pengembalian Borang Perjanjian Pendidikan Guru

Semua pelajar baru KPLI penuh masa, PISMP adalah diingatkan supaya melengkapkan semua borang Perjanjian Pendidikan Guru & Butiran Penjamin Saksi dengan teliti dan cermat supaya tidak berlaku kesilapan. Sila baca arahan dengan teliti di dalam Buku panduan yang diberikan yang dikirimkan atau diberi semasa hari pendaftaran. Semua pelajar dikehendaki melengkapkan borang-borang yang telah diberikan dalam tempoh sebulan selepas mendaftar, dan mengembalikan kesemua borang-borang perjanjian bersama-sama salinan dokumen-dokumen lain yang perlu sebagaimana yang dinyatakan di dalam Buku panduan Tawaran. Tarikh akhir penyerahan borang-borang ialah sebulan selepas melapor diri di IPSMB. Semua pelajar dikehendaki mengemukakan terlebih dahulu borang-borang yang telah lengkap diisi kepada tutor masing-masing untuk semakan sebelum mengembalikan borang tersebut ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPSMB.

Dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersama semasa menyerahkan kembali kepada HEP IPSMB.

  1. Lima(5) Borang Perjanjian Pendidikan Guru(BPPG), lima(5) Borang Butiran Penjamin Saksi(BBPS) - Asal dan Lima(5) salinan kad pengenalan penjamin-penjamin yang disahkan.
  2. Lima(5) Salinan Kad Pengenalan & lima(5) Salinan Sijil Lahir yang telah disahkan
  3. Lima(5) Salinan Surat Tawaran Mengikuti Kursus di Maktab yang telah disahkan
  4. Lima(5) Salinan Sijil-sijil SAP/SPM/SPVM/STPM yang telah disahkan
  5. Lima(5) Salinan Ijazah/Surat Pengesahan Senat Universiti yang telah disahkan(KPLI Sahaja)
  6. Lima(5) Salinan Surat Pengiktirafan Nilai Taraf Ijazah(JPA) - Kelulusan luar Negara yang telah disahkan
  7. Borang Pemeriksaan Doktor untuk dilantik ke perkhidmatan kerajaan yang disahkan oleh Pegawai Perubatan(Asal) dan Lima(5) salinan yang telah disahkan.
  8. Lima(5) Salinan Surat Nikah yang disahkan(yang berkenaan)
  9. Surat Majikan Suami/Isteri mengesahkan tempat kerja(Asal) dan lima(5) salinan yang disahkan(yang berkenaan),
  10. Tampalkan Setem Hasil(RM 10.00) setiap satu BPPG(5 Borang Perjanjian) pada sebelah kanan penjuru atas setiap borang(Peringatan: Tampalkan setelah dipastikan tiada kesilapan)

Satu salinan lain-lain dokumen selain daripada yang dinyatakan untuk dimasukkan ke dalam fail peribadi masing-masing.

Semua pelajar dikehendaki melengkapkan semua maklumat yang diperlukan untuk dimasukkan ke dalam Fail Peribadi masing-masing(Kemaskini bersama tutor semasa perjumpaan)

Sekian terima kasih.

HEP IPSM Besut

0 Comments:

Post a Comment

<< Home