Berita-berita Penting Daripada IPGM KAMPUS SULTAN MIZAN

Nota-nota Penting Untuk Makluman & Rujukan Pelajar. Sumber daripada Warga Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan, 22200 Besut, Terengganu. Tel: 09-6957012 ........................................ . (Penafian: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab kepada Penggunaan maklumat di dalam laman ini yang boleh mendatangkan kerugian kepada mana-mana pihak tertentu yang menggunakanya)

Tuesday, July 01, 2008

Peringatan Kepada Pelajar Baru KPLSPM(PPISMP) dan KDPM(Tajaan KEMAS) Ambilan Julai 2008

Selamat Datang Ke IPSM Besut
Kepada pelajar baru yang akan mendaftar pada 14 Jul 2008
di Dewan Besar IPSMB.

PERINGATAN KEPADA PELAJAR BARU:

  1. Pelajar perempuan yang didapati mengandung tidak dibenarkan mendaftar, jika didapati mengandung semasa berkursus, pelajar berkenaan akan diberhentikan atau ditangguhkan mengikut peraturan semasa yang berkuatkuasa.
  2. Pelajar dikehendaki membuat pemeriksaan kesihatan di klinik-klinik kerajaan atau swasta sebagai syarat kelayakan mendaftar dan meneruskan kursus, sila gunakan borang Am 402 yang boleh didapati di mana-mana IPG yang terdekat atau datang sendiri ke IPSM Besut. Pendaftaran tanpa Akuan kesihatan oleh doktor kerajaan atau swasta di anggap sebagai pendaftaran sementara sahaja dan boleh terbatal jika tidak mengemukakan akuan kesihatan dalam tempoh sebulan dari tarikh pendaftaran.
  3. Masa mendaftar dari 8.00 pagi - 11.30 pagi sebagaimana dalam surat tawaran.
  4. Tempat mendaftar di Dewan Bendahara(Dewan Besar) IPSMB

DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA BERSAMA SEMASA MELAPORKAN DIRI

  1. Kad Pengenalan & 5 Salinan yang disahkan
  2. Sijil Lahir & 5 Salinan yang disahkan
  3. Sijil - Sijil SPM/STPM & 5 Salinan yang disahkan, slip peperiksaan SPM tidak diterima kecuali slip peperiksaan SPM Tahun 2007 sahaja.
  4. Ijazah & 5 Salinan yang disahkan(Untuk Pelajar KPLI )
  5. Sijil Berhenti Sekolah serta sijil lain yang berkaitan & 5 Salinan yang disahkan
  6. Surat Penempatan ke sekolah(untuk pelajar KPLI j-Qaf sahaja) dan 5 salinan
  7. Gambar Berukuran Pasport sebanyak 14 Keping
  8. Yuran Sebanyak RM 300.00(RM 285.00 bayaran secara Kiriman Wang/Wang Pos dan RM 15.00 bayaran secara tunai untuk insuran kelompok Takaful)
  9. Setem Hasil (RM 10.00) Sebanyak 5 Keping

Setiap Salinan Dokumen hendaklah disahkan

Pelajar juga dinasihatkan membuka akaun Bank Simpanan Nasional jika belum ada sebelum mendaftar dan menyediakan dua salinan fotostat buku akaun, untuk memudahkan pembayaran elaun kemudian nanti


PAKAIAN SEMASA MELAPOR DIRI & SEPANJANG MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BARU

LELAKI

  1. Baju Kemeja Lengan Panjang/Pendek Berwarna Putih dan bertali leher
  2. Seluar Hitam/Biru Gelap
  3. Kasut Kulit Hitam
  4. Kasut Sukan Putih


PEREMPUAN

  1. Baju Kurung Putih
  2. Kain Hitam /Biru Gelap
  3. Kasut Kulit Hitam
  4. Kasut Sukan Putih